Wednesday, 23 June 2021

updated 1:36 PM UTC, Jun 22, 2021

Bantuan kemanusiaan diedarkan kepada Warga Gaza

  • Published in Berita Dunia

GAZA CITY, 24 Mei - Warga Gaza kembali meneruskan kehidupan selepas serangan udara tentera regim selama 11 hari meragut lebih 200 nyawa manakala ramai lagi hilang tempat tinggal.

Sehari selepas gencatan senjata tajaan Mesir itu dipersetujui, pihak berkuasa mula mengagihkan khemah dan tilam di Semenanjung Gaza.

Di Lintasan sempadan Rafah, penduduk Gaza memunggah lori yang membawa bantuan dari Mesir.

Tumpuan kini terarah kepada pembangunan semula Gaza, sementara operasi mencari dan menyelamat dipergiat manakala kemusnahan harta benda dinilai.

Menurut Kementerian Kesihatan, kekejaman regim Zionis sejak 10 Mei lalu, meragut 248 nyawa, termasuk 66 kanak-kanak Palestin.

Manakala, 1,900 lagi, cedera.