Wednesday, 23 June 2021

updated 1:36 PM UTC, Jun 22, 2021

11 hari dunia disajikan 1 lagi episod duka dari bumi Palestin

  • Published in Berita Dunia

SEMENANJUNG GAZA, 23 Mei - Hanya dalam tempoh 11 hari, sekurang-kurangnya 243 maut serta hampir 2,000 cedera akibat serangan udara rejim Zionis Israel di selatan Gaza.

Kementerian Kesihatan memaklumkan daripada jumlah itu, 66 mangsa merupakan kanak-kanak.

Individu terselamat berkongsi pengalaman mengerikan ketika siri serangan tentera Israel.

1,800 unit kediaman rakyat Palestin musnah sepenuhnya manakala 16,800 unit lagi musnah sebahagiannya.

Lebih menyedihkan, 120,000 lagi rakyat hilang tempat berteduh.

Ada juga yang masih berdepan ketakutan akibat serangan bertalu-talu.

Pun begitu, rakyat Palestin teguh berdiri melawan rejim Zionis penjajah tanah air mereka.