Wednesday, 23 June 2021

updated 2:18 AM UTC, Jun 23, 2021

Rejim Israel terus bertindak kasar, tangani bantahan di Masjid Al-Aqsa dan Tebing Barat

  • Published in Berita Dunia

BAITULMAQDIS, 22 Mei - Polis Israel dilaporkan terus bertindak kasar terhadap penunjuk perasaan di perkarangan Masjid Al-Aqsa.

Ia berlaku, kira-kira dua minggu selepas pertempuran sama yang mencetuskan konflik baru-baru ini.

Pasukan keselamatan rejim Israel juga dikatakan memukul seorang jurugambar AFP yang membuat liputan di kawasan tersebut.

Keadaan sama turut dilaporkan berlaku di beberapa bahagian lain di Baitulmaqdis timur kawasan dijajah Israel selain di Tebing Barat.

Ratusan pegawai dan anggota keselamatan rejim israel telah digerakkan ke kawasan tersebut bagi mengawal keadaan.