Wednesday, 23 June 2021

updated 1:36 PM UTC, Jun 22, 2021

Bantuan kemanusiaan mula masuk Gaza, PBB peruntuk sebanyak USD18.5 juta

  • Published in Berita Dunia

GAZA, 22 Mei - Bantuan kemanusiaan mula masuk ke Semenanjung Gaza selepas 11 hari pertempuran antara tentera rejim zionis Israel dengan Pejuang Hamas.

Dana Bantuan Kecemasan Pusat, PBB memperuntukkan USD18.5 juta atau kira-kira RM76.6 juta untuk bantuan kemanusiaan itu.

Konvoi lori membawa barangan bantuan seperti ubat, barangan makanan dan bahan api dilihat masuk melalui pintu Kerem Abu Salem selepas ia dibuka semula oleh rejim Israel.

SEMALAM buat pertama kali dalam tempoh 11 hari serangan rejim Israel, puluhan ribu penduduk Gaza keluar bagi memeriksa kediaman atau harta benda mereka yang musnah selain menguruskan ahli keluarga mereka yang terkorban.

Pasukan penyelamat juga masih berusaha mencari atau menyelamatkan penduduk yang terperangkap bawah runtuhan.

Serangan udara tentera rejim Israel di Gaza sejak 10 Mac lalu menyebabkan 248 orang terbunuh termasuk 66 kanak-kanak dan mencederakan 1,948 yang lain.

Antara yang terkorban termasuk kumpulan pejuang.

Lebih 120,000 penduduk dilaporkan meninggalkan kediaman bagi mencari perlindungan.