Wednesday, 23 June 2021

updated 1:36 PM UTC, Jun 22, 2021

Sidang Majlis Keselamatan PBB dijangka bincang situasi meruncing di Gaza

  • Published in Berita Dunia

GAZA, 15 Mei - Sidang Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) esok, dijangka akan membincangkan situasi meruncing di Gaza.

Dalam pada itu, Mesir memimpin usaha serantau untuk gencatan senjata.

Sumber keselamatan Mesir berkata, Kaherah mendorong kedua-dua belah pihak untuk menghentikan serangan mulai tengah malam Jumaat sementara menunggu rundingan lanjut.

Mesir bersandar pada Hamas dan yang lain manakala Amerika Syarikat berusaha mencapai kesepakatan dengan Israel.

Kementerian Luar Mesir berkata, Menteri Luar Mesir dan Jordan membincangkan usaha untuk mengakhiri konfrontasi Gaza dan mencegah provokasi di Baitulmaqdis.

Jelasnya, orang tengah Mesir, Qatar dan PBB akan meningkatkan hubungan dengan semua pihak dalam usaha memulihkan keadaan bagaimanapun belum mencapai kata sepakat.