Wednesday, 23 June 2021

updated 1:36 PM UTC, Jun 22, 2021

Ribuan rakyat Palestin tinggalkan kediaman

  • Published in Berita Dunia

ANKARA, 15 Mei - Kira-kira 10,000 rakyat Palestin terpaksa meninggalkan kediaman mereka di Gaza.

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengumumkan angka itu semalam.

Ia selepas kawasan kediaman mereka menjadi sasaran pengeboman Zionis.

PBB memaklumkan, kebanyakan penduduk Palestin berlindung di sekolah, masjid dan tempat-tempat lain di utara Gaza bagi mengelak menjadi mangsa serangan bom Israel.

Pejabat PBB turut menggesa pihak Palestin dan Israel segera mengizinkan PBB serta rakan kemanusiaan untuk membawa bahan bakar, makanan dan bekalan perubatan termasuk mengerahkan aktivis kemanusiaan.

Setiausaha Agungnya, Antonio Guterres, turut menggesa agar ketegangan diredakan.

Israel terus menyasarkan Gaza dengan bedilan sehingga menyebabkan kerosakan teruk pada bangunan kediaman.

Sementara itu, ketegangan semakin meningkat di daerah Sheikh Jarram di Baitulmaqdis Timur sejak sebulan lalu.

Rakyat Palestin bertindak memprotes apabila penduduk Sheikh Jarrah menjadi sasaran dan ancaman pengusiran oleh tentera Israel.