Wednesday, 23 June 2021

updated 1:36 PM UTC, Jun 22, 2021

WHO saran semua negara sumbang vaksin kepada COVAX

  • Published in Covid19

GENEVA, 15 Mei - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan negara-negara besar untuk menghentikan program vaksinasi kanak-kanak.

Ketua Badan Dunia itu, Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata mereka digalakkan membekalkan vaksin berkenaan kepada negara kurang berkemampuan.

Beliau berharap kerajaan sedia menyumbang dos vaksin kepada Program pembekalan vaksin COVID-19 ke negara miskin, COVAX.

Ini kerana bekalan vaksin di negara miskin dan berpendapatan sederhana tidak mencukupi untuk keperluan pekerja barisan hadapan, malah hospital kini dibanjiri pesakit COVID-19 yang kritikal.

Hampir 1.4 bilion suntikan vaksin telah diberikan kepada 210 kawasan tumpuan di seluruh dunia.

44% penerima suntikan dari negara berpendapatan tinggi, manakala hanya 0.3% penerima dari 29 negara miskin.