Wednesday, 23 June 2021

updated 1:36 PM UTC, Jun 22, 2021

Sempadan Lebanon-Israel: Penunjuk perasaan berkumpul tunjuk sokongan terhadap Palestin

  • Published in Berita Dunia

GAZA, 15 Mei - Sekumpulan penunjuk perasaan rakyat Lebanon berkumpul berdekatan sempadan negara itu dengan Israel.

Mereka mengibarkan bendera kebangsaan negara Palestin, Iran dan pergerakan Hezbollah.

Menurut satu laporan agensi berita Lebanon, seorang warganegara berusia 21 tahun mati disebabkan kecederaan serius hasil serangan Zionis.

Kejadian berlaku, ketika mangsa itu bersama satu kumpulan cuba untuk merentasi sempadan menerusi pagar keselamatan.

Seorang penunjuk perasaan yang terlibat dalam tindakan sama, juga mengalami kecederaan.

Penunjuk perasaan bertindak sedemikian bagi menunjukkan semangat solidariti mereka terhadap Palestin.