Tuesday, 22 June 2021

updated 1:36 PM UTC, Jun 22, 2021

Satelit papar kemusnahan di Gaza, angka korban di Palestin meningkat

  • Published in Berita Dunia

GAZA, 15 Mei - Kemusnahan akibat serangan rejim Israel ke atas Gaza dapat dilihat dengan jelas menerusi visual satelit yang dirakam.

Turut kelihatan visual kebakaran tangki simpanan di selatan Israel selepas tindakan balas pejuang Hamas.

Ketika ini tiada tanda-tanda situasi akan reda malah rejim Israel makin bertindak kejam dengan menyasarkan orang awam.

Konflik tersebut juga kini telah mendapat perhatian dunia malah beberapa negara lain juga mengkritik tindakan Israel ke atas Palestin terutama ketika umat Islam sedang menyambut Aidilfitri.

Sekurang-kurangnya 103 nyawa terkorban di Gaza termasuk 27 kanak-kanak akibat serangan Israel.

Dilaporkan 49 penduduk Palestin terbunuh dalam masa satu hari sahaja.