Tuesday, 22 June 2021

updated 1:36 PM UTC, Jun 22, 2021

Gaza terus dibedil Israel, sasar serangan terhadap institusi kewangan Palestin

  • Published in Berita Dunia

GAZA, 15 Mei - Letupan besar menggegarkan bandar Palestin itu pada awal pagi semalam.

Ia susulan tindakan rejim Israel meneruskan kempen pengeboman di Gaza selain telah mengumpulkan kereta kebal dan tentera di perbatasan wilayah tersebut.

Terbaharu, pesawat rejim itu bertindak mengebom bangunan National Production Bank di Bandar Gaza.

Letupan menyebabkan serpihan bangunan berterbangan sejauh beberapa kaki dari lokasi kejadian.

Ia turut menyebabkan tingkap dan pintu bangunan berdekatan musnah.

Rejim berkenaan telah melakukan beberapa siri bom terhadap 2 cawangan Bank itu sebelum ini.

Pihak ketenteraan negara itu kini menyasarkan serangan terhadap institusi berkaitan perbendaharaan dan bank.

Bunyi letupan jelas kedengaran di kota Gaza yang dirakam oleh Reuters.

Serangan Israel ke atas Gaza dijangka berterusan biarpun tindakan tersebut dikecam banyak negara lain.