Tuesday, 22 June 2021

updated 1:36 PM UTC, Jun 22, 2021

Palestin terus dibedil rejim Israel, empat terbunuh dan 100 cedera

  • Published in Berita Dunia

WEST BANK, 15 Mei - Empat warga palestin terbunuh akibat serangan rejim Israel di kawasan West Bank semalam.

Manakala 100 orang lagi cedera.

Keganasan yang berlaku adalah rentetan siri keganasan dan serangan berterusan rejim berkenaan terhadap bumi Palestin.

Menteri Kesihatan Palestin mengesahkan keempat-empat warga itu mati terbunuh di kawasan berdekatan Jenin dan utara West Bank.

Keganasan tentera rejim Israel itu menyebabkan kemusnahan teruk di beberapa lokasi dan menyebabkan kecederaan kepada 100 penduduk Palestin.