Wednesday, 23 June 2021

updated 1:36 PM UTC, Jun 22, 2021

Konflik Palestin-Israel memuncak, Majlis Keselamatan PBB adakan mesyuarat secara maya Ahad ini

  • Published in Berita Dunia

GAZA, 14 Mei - Konflik di Asia Barat memuncak.

Rejim Zionis menggegarkan Gaza dengan serangan udara dan tembakan artileri.

Serangan itu dilancarkan kononnya sebagai tindak balas terhadap tembakan roket dari kawasan yang ditadbir Hamas.

Serangan itu menyebabkan beberapa rumah di Gaza, musnah atau rosak teruk.

Sehingga kini, konflik berkenaan sudah meragut nyawa lebih 100 penduduk Palestin.

Sementara itu, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan mengadakan mesyuarat secara maya Ahad ini.

Ia bagi menyuarakan kebimbangan terhadap ketegangan konflik antara rejim Zionis dengan Palestin.

Sesi perbincangan sepatutnya diadakan hari ini.

Namun, Amerika Syarikat meminta sesi itu ditangguhkan bagi memberi ruang kepada rundingan diplomasi.

Tunisia, Norway dan China yang meminta sidang tergempar itu diadakan hari ini bagaimanapun, bersetuju ia diadakan pada Ahad.