Tuesday, 22 June 2021

updated 1:36 PM UTC, Jun 22, 2021

Majlis keselamatan PBB adakan Mesyuarat tergempar pada Ahad

  • Published in Berita Dunia

AMERIKA SYARIKAT, 14 Mei - Mesyuarat secara maya akan diadakan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada Ahad bagi menzahirkan kebimbangan terhadap konflik antara Israel dan Palestin.

Kelulusan penuh 15 ahli Majlis Keselamatan tersebut diperlukan bagi mengadakan mesyuarat itu yang dijangka dibuat secara televideo.

Perbincangan sepatutnya diadakan hari ini, namun Amerika Syarikat meminta ia ditangguh dan mencadangkan satu sesi lain minggu hadapan.

Sebelum ini, ahli Majlis Keselamatan PBB iaitu Tunisia, Norway dan China meminta diadakan sidang mesyuarat tergempar hari ini namun kemudian ditetapkan pada esok.

Semalam Amerika Syarikat mendakwa mereka tidak menghalang sidang mesyuarat tergempar itu diadakan segera namun memberi waktu rundingan diplomasi bagi membincangkan konflik dengan serius.

Malah Setiausaha Negara Antony Bliken juga menafikan menghalang mesyuarat berlangsung sebaliknya hanya mahu menangguhkannya.