Wednesday, 23 June 2021

updated 2:18 AM UTC, Jun 23, 2021

Jepun kuat kuasa larangan kemasukan pengunjung terpakai buat pelawat dari India, Pakistan, Nepal

  • Published in Berita Dunia

JEPUN, 14 Mei - Bermula 14 Mei ini, semua pengunjung dari luar yang mempunyai rekod lawatan ke India, Pakistan dan Nepal dilarang memasuki Jepun.

Arahan tegas itu turut melibatkan mereka yang mempunyai status penduduk tetap.

Menurut laporan Jiji Press, hanya warganegara Jepun sahaja dibenarkan untuk pulang dari tiga negara Asia Selatan itu.

Dilaporkan arahan tersebut akan berkuatkuasa sementara buat mereka yang pernah berkunjung ke tiga negara Asia berkenaan terutama pada dua minggu lalu.

Berdasarkan statistik, pada Mac lalu sejumlah 17,376 warga asing dengan status penduduk tetap telah memasuki Jepun.

Daripada jumlah tersebut 2,699 masuk ke Jepun dari India, Pakistan dan Nepal.

Langkah terbaharu Jepun itu dibuat bagi memastikan penularan pendemik COVID-19 dapat dibendung sebelum menjadi parah.