Wednesday, 23 June 2021

updated 2:18 AM UTC, Jun 23, 2021

PM Palestin mahu Israel bertanggungjawab serangan di Masjid Al-Aqsa

  • Published in Berita Dunia

RAMALLAH, 11 Mei - Perdana Menteri Palestin, Mohammed Shtayyeh menegaskan Israel perlu bertanggungjawab sepenuhnya berhubung pertempuran di perkarangan Masjid al-Aqsa.

Pada masa yang sama menggesa komuniti antarabangsa untuk campur tangan dalam pertempuran di masjid ketiga paling suci itu.

Pada masa yang sama beliau memberi amaran tindakan Zionis itu akan menyebabkan serangan balas.

Katanya lagi, apa yang berlaku di Baitulmaqdis adalah satu panggilan untuk membunuh dan satu usaha jenayah kebencian yang diamalkan dalam pendidikan Israel di sekolah dan kurikulum mereka.

Ketegangan memuncak pada Jumaat apabila polis Israel bertempur dnegan rakyat Palestin ketika umat islam menempuh bulan Ramadan.

Ia adalah insiden terburuk di Masjid Al-Aqsa sejak tahun 2017 yang kini menyebabkan lebih 300 orang cedera.