Saturday, 15 May 2021

updated 2:37 PM UTC, May 15, 2021

Krisis ekonomi pandemik COVID-19, agihan bantuan kebajikan menjadi sukar

  • Published in Berita Dunia

DAMSYIK, 3 Mei - Usaha kebajikan untuk mengagih makanan percuma ketika bulan Ramadan di Syria pada tahun ini menjadi sukar.

Ia susulan peningkatan harga dan impak ekonomi akibat pandemik COVID-19.

Kumpulan sukarelawan 'Kona wa Sanbaka' mengakui mereka berdepan kesukaran itu dan terpaksa mengubah cara bantuan.

Pada tahun lepas kumpulan berkenaan boleh menyediakan 25,000 makanan sehari namun tahun ini agak sukar untuk menyediakan walaupun hanya 1,000 makanan.

Sementara itu satu lagi pertubuhan amal iaitu Saed, untuk tahun ini mereka berusaha untuk menyediakan 4,000 makanan sehari.

Ketua Kumpulan, Issam Habbal berharap usaha mereka dapat meringankan beban penduduk tempatan termasuk agihan bekalan keperluan lain.

Walaupun pertempuran semakin berkurangan dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini, namun Syria masih lagi berdepan sekatan ekonomi selain akibat pandemik.