Saturday, 15 May 2021

updated 1:08 PM UTC, May 15, 2021

7 maut, 14 cedera akibat letupan lori tangki gasolin

  • Published in Berita Dunia

KABUL, 3 Mei - Sekurang-kurangnya tujuh maut akibat lori tangki gasolin meletup di Afghanistan.

Letupan dan kebakaran berskala besar menyebabkan sebahagian Kabul terputus bekalan elektrik.

Menurut Kementerian Dalam Negeri, lori berkenaan meletup pada lewat malam Sabtu.

Letupan turut menyebabkan 14 lagi cedera.

Punca kejadian masih belum dapat dipastikan namun ia berlaku ketika Kabul berada pada tahap amaran tertinggi serangan Taliban ke atas tentera asing yang masih berada di negara itu.

Menurut sumber yang memberitahu Reuters, letupan dipercayai berpunca daripada serangan roket Taliban.

Bagaimanapun jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahid menafikan dakawaan berkenaan.

Taliban sebelum ini menyebut pengumuman Presiden Amerika Syarikat Joe Biden bahawa tentera akan mengundur diri dari Afghanistan pada 11 September telah mencabuli perjanjian 2020.

Ini kerana pentadbiran Donald Trump telah berjanji pengunduran tentera pada 1 Mei.