Logo

COVID-19: Osaka mohon darurat diisytiharkan

OSAKA, 20 April - Osaka meminta kerajaan mengisytiharkan darurat di wilayah itu dalam usaha melandaikan lengkuk jangkitan COVID-19.

Gabenor Osaka, Hirofumi Yoshimura, berkata ia wajar dilaksana memandangkan jumlah kes terus merekodkan peningkatan.

Gesaan itu dibuat selepas negeri itu mencatatkan pertambahan kes baharu kepada seribu 220 orang.. tertinggi pernah direkodkan.

Yoshimura juga mendakwa perkhidmatan perubatan dan kesihatan berdepan keadaan yang teruk.

Justeru, pengisytiharaan darurat merupakan sesuatu yang perlu.

Osaka dan beberapa wilayah lain kini diletakkan di bawah perintah kawalan pergerakan selama dua minggu.

Ketua program vaksinasi Jepun, Taro Kono menyatakan Jepun akan mendapat bekalan yang cukup pada akhir September ini dan ia boleh diberikan kepada semua orang berusia lebih dari 16 tahun.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.