Logo

New Delhi diletakkan di bawah perintah berkurung, kes meningkat mendadak

NEW DELHI, 20 April - Ibu negara India, New Delhi akan diletakkan di bawah perintah berkurung selama seminggu.

Perintah itu dikuat kuasa susulan peningkatan mendadak kes baharu dengan jumlah katil dan bekalan oksigen di hospital semakin berkurangan.

Perintah berkurung mula berkuat kuasa pada malam Isnin.

Ia melibatkan 20 juta penduduknya.

Menerusi perintah itu semua aktiviti perniagaan ditutup dengan pengecualian diberi kepada perkhidmatan penting.

Pada Ahad sahaja 25,500 kes baharu COVID-19 dilaporkan.

Satu pertiga daripada kes baharu terbabit merupakan jangkitan berulang.

Selain New Delhi sekatan seumpama turut dilaksana di beberapa daerah lain.

Ia termasuk hub kewangan Mumbai dan selatan negeri itu Tamil Nadu.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.