Saturday, 15 May 2021

updated 2:03 PM UTC, May 15, 2021

Kereta api tergelincir di Mesir, hampir 100 penumpang cedera

  • Published in Berita Dunia

MESIR, 19 April - 97 penumpang cedera ketika empat kereta api tergelincir di wilayah Qalioubia Mesir di utara Kaherah, semalam.

Menurut Kementerian kesihatan dalam satu kenyataan, dua sumber keselamatan dan media tempatan melaporkan bahawa beberapa orang terbunuh dalam kemalangan itu, namun tiada pengesahan rasmi.

Kereta api dari Kaherah ke kota Mansoura Delta Nil itu tergelincir pada pukul 1.54 tengah hari waktu tempatan, kira-kira 40 kilometer ke utara Kaherah.

Punca kemalangan masih dalam siasatan.

Lebih daripada 50 ambulans membawa penumpang yang cedera ke tiga hospital di wilayah itu.

Kemalangan itu adalah tragedi terkini selepas beberapa kemalangan lain yang pernah berlaku melibatkan kereta api baru-baru ini.

Sekurang-kurangnya 20 orang terbunuh dan hampir 200 cedera pada bulan Mac lalu ketika dua kereta api bertembung di Tahta, kira-kira 440 km selatan Kaherah.