Logo

Lapan maut insiden tembakan di Indianapolis

INDIANAPOLIS, 16 April - Sekurang-kurangnya 8 maut dan beberapa lagi cedera dalam serangan lelaki bersenjata di gedung syarikat kurier Fedex di Indianapolis, Amerika Syarikat.

Menurut laporan awal polis, suspek kemudiannya menembak diri sendiri.

Kesemua mangsa ditemukan di gudang Fedex berhampiran lapangan terbang antarabangsa.

Menurut seorang saksi, dia melihat suspek bersenjata menembak lebih 10 das.

Jurucakap Fedex turut mengesahkan gudang mereka menjadi lokasi insiden dan syarikatnya akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa.

Seorang lagi saksi memberitahu media bahawa di melihat sekitar 30 kereta polis tiba semasa kejadian.

Penghujung bulan lepas, 4 maut termasuk kanak-kanak ditembak mati di bangunan pejabat di California.

Pada 22 Mac, 10 orang maut ditembak di sebuah pasa raya di Colorado.

Tragedi itu berlaku kurang seminggu kes seorang lelaki menembak mati 8 orang termasuk 6 wanita Asia di Atlanta.

Hampir 40,000 maut di Amerika Syarikat setiap tahun akibat senjata api dan separuh daripadanya adalah kes bunuh diri.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.