Saturday, 15 May 2021

updated 2:03 PM UTC, May 15, 2021

Kapal Karam di Teluk Mexico: 12 Dikhuatiri lemas, enam berjaya diselamatkan

  • Published in Berita Dunia

AMERIKA SYARIKAT, 15 April - 12 dikhuatiri lemas dan enam berjaya diselamatkan dalam kejadian sebuah kapal komersial karam di Teluk Mexico, di luar pesisir pantai Louisiana, Amerika Syarikat.

Pasukan Pengawal Pantai Amerika Syarikat dan pasukan sukarelawan dikerah mencari 18 anak kapal yang karam akibat ribut di Port Fourchon, kira-kira 160 kilometer ke selatan New Orleans.

Kejadian berlaku ketika ribut kuat di kawasan itu, sekali gus menyebabkan keadaan bahaya bagi pergerakan kapal di teluk Mexico.

Media tempatan melaporkan, Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Nasional berkata, kelajuan angin sehingga 120 km bagi setiap jam di pantai selatan Louisiana.

Setakat ini, misi diteruskan bagi menjejaki baki 12 penumpang yang berada dalam kapal itu.