Logo

Penyelidikan di Kanada sahkan semburan hidung bunuh 99.99% virus

CANADA, 14 April - Satu lagi revolusi dalam sejarah perubatan melawan COVID-19

Di Kanada, satu laporan penyelidikan mengesahkan kaedah semburan hidung terbukti dapat membunuh 99.99 peratus virus tersebut.

Kaedah itu juga dikatakan senjata baharu mencegah penularan virus dengan berkesan dan memendekkan tempoh jangkitan.

Kaedah baharu yang dibangunkan sebuah syarikat Kanada, SaNOtize itu didakwa berupaya membunuh kuman dalam saluran udara di bahagian atas hidung.

Keputusan ujian makmal di Amerika Syarikat dan Britain juga mendapati semburan hidung dapat menghalang kuman daripada merebak masuk ke dalam paru-paru.

Malah, persakit yang dirawat menggunakan semburan SaNOtize menunjukkan penurunan purata kadar virus dalam badan dalam tempoh 24 jam pertama iaitu sekitar 95%.

Dalam tempoh 72 jam, pengumpulan virus dalam badan didapati berkurangan lebih daripada 99%.

Ketua Penyelidikan Ujian Klinikal Britain, Dr Stephen Wincheste berkata, beliau amat berharap semburan hidung akan menjadi senjata terbaharu melawan COVID-19.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.