Logo

Thailand catat 965 kes COVID-19, pesta air Songkran

BANGKOK, 14 APRIL - Thailand mencatatkan 965 kes jangkitan COVID-19 dan tanpa kes kematian baharu ketika negara itu mula merayakan Tahun Baharu Buddha atau pesta air Songkran.

Dengan 956 kes merupakan penularan tempatan, 194 daripadanya adalah kes di Bangkok sahaja, pihak berkuasa terpaksa melarang sebarang sambutan pesta air tersebut.

Menurut Jabatan Kawalan Penyaktit, aktiviti luar yang terhad boleh mengurangkan kes harian menjadi 500 hingga 600 individu sahaja.

Pada masa sama, menggesa orang ramai agar mengelakkan perjalanan yang tidak perlu.

media tempatan melaporkan kira-kira 50,000 orang melakukan perjalanan dari Bangkok ke kampung halaman masing-masing pada hujung minggu lalu.

Kerajaan tidak mengeluarkan arahan berhubung sekatan perjalanan bagi percutian bersempena Pesta Songkran tahun ini.

beberapa pihak berkuasa wilayah menetapkan peraturan kuarantin bagi mereka yang melakukan perjalanan dari kawasan berisiko tinggi seperti Bangkok dalam usaha mengekang penularan COVID-19.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.