Logo

Pelajar ditembak mati, lepaskan tembakan ke arah pasukan Polis

AMERIKA SYARIKAT, 13 April - Polis menembak mati seorang pelajar sekolah di Knoxville, Tennessee selepas suspek melepaskan tembakan ke arah pegawai polis.

Ini adalah insiden tembakan terkini yang bertali arus di Amerika Syarikat sejak pertengahan Mac.

Menurut Ketua Polis Knoxville, Eve Thomas, Insiden tersebut turut mengakibatkan seorang pegawai cedera parah selepas terkena tembakan di bahagian peha dan terpaksa dibedah di Pusat Rawatan Universiti Tennessee.

Bagaimanapun mangsa berpotensi untuk diselamatkan.

Katanya ketika kejadian, pihaknya bergegas ke lokasi selepas mendapat laporan mengenai kehadiran lelaki bersenjata di sekolah dan suspek ditemui di bilik air.

Suspek melepaskan tembakan dan terkena pegawai sebelum tembakan balas dibuat dan suspek disahkan meninggal dunia.

Suspek juga dikenalpasti sebagai pelajar Austin-East.

Polis terdahulu turut melaporkan beberapa mangsa lain dalam serangan berkenaan.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.