Logo

Penularan COVID-19: Kes harian baharu di Thailand rekod lonjakan besar

BANGKOK, 13 April - Thailand melaporkan 985 kes baharu COVID-19, lonjakan harian terbesar buat dua hari berturut-turut.

Thailand kini merekodkan 33,610 kes COVID-19 dengan 97 kes kematian.

Lonjakan kes berlaku menjelang sambutan cuti utama negara itu, Songkran, iaitu acara pesta air besar-besaran yang kini dilarang untuk dua tahun berturut-turut disebabkan pandemik COVID-19.

Pihak berkuasa menggesa orang ramai tidak melakukan perjalanan yang tidak perlu dan menghadkan perhimpunan untuk membendung penularan COVID-19.

Hampir 40 wilayah di negara itu sudah melaksanakan sekatan dan kuarantin terhadap individu yang melakukan perjalanan lokasi kelompok jangkitan termasuk dari ibu kota Bangkok.

Ribuan warga Thailand secara tradisi akan pulang ke kampung halaman sepanjang cuti Songkran.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.