Monday, 10 May 2021

updated 2:30 PM UTC, May 10, 2021

Penduduk Gaza mahu perdamaian menjelang Ramadan

  • Published in Berita Dunia

GAZA, 13 April - Indonesia, Perancis , Mesir, Lubnan dan kebanyakkan negara lain termasuk Palestin mula berpuasa hari ini.

Di Gaza, penduduk berharap Ramadan tahun ini akan memberi sinar kehidupan lebih baik dan sempurna.

Seperti tahun-tahun sebelum ini, persiapan diadakan secara sederhana mengikut keperluan dan kemampuan keluarga.

Bagi Anwar Al-Ajrami, kedatangan Ramadan diiringi dengan harapan perdamaian kekal dicapai bersama rejim Israel.

Dia juga berharap pilihan raya dapat direalisasikan bagi membolehkan Gaza seperti negara lain selain tiada lagi sekatan di Semenanjung Gaza.

Seperti penduduk lain, Khader Turk juga berharap pilihan raya boleh diadakan demi memajukan ekonomi negara.

Kedatangan bulan Ramadan akan diiringi dengan doa dan harapan untuk kehidupan yang lebih sempurna selepas banyak penduduk terkesan dengan penularan COVID-19.

Sekatan kekal, sempadan masih ditutup, penduduk tiada kerja malah kehidupan yang sukar kini menjadi lebih sukar.

Penduduk berharap ada sinar baharu dicapai antara Hamas dan Fatah manakala penularan pandemik pula boleh ditamatkan.