Monday, 10 May 2021

updated 2:30 PM UTC, May 10, 2021

Papa saya adalah seorang insan yang amat istimewa - Putera Charles

  • Published in Berita Dunia

TETBURY, 11 April - "Papa saya adalah seorang insan yang amat istimewa" itu antara luahan seorang anak kepada ayahnya, iaitu dari Putera Charles kepada ayahnya, Putera Philip yang mangkat dua hari lalu.

Bagi Putera Charles, ayahnya tanpa jemu telah memberikan segala pengorbanan dan taat setianya selama 70 tahun kepada permaisuri, United Kingdom dan juga kepada seluruh negara Komenwel.

Putera Charles merasakan dirinya amat bertuah memiliki seorang ayah yang dalam masa sama amat penyayang kepada keluarganya.

Beliau kagum dengan ketabahan Putera Philip dan menjadikan ayahnya contoh teladan terbaik buat dirinya.

Beliau menambah, kami sekeluarga amat merindui dan amat terkesan dengan pemergian Putera Philip.

Beliau meluahkan rasa hatinya ketika ditemubual wartawan.

Putera Charles turut percaya seluruh dunia khususnya negara-negara Komenwel sedih di atas kemangkatan Putera Philip.