Monday, 10 May 2021

updated 2:30 PM UTC, May 10, 2021

Algeria adakan protes jalanan tuntut pembentukan kerajaan baharu

  • Published in Berita Dunia

ALGERIA, 11 April - Rakyat Algeria terus mengadakan protes jalananan yang telah memasuki Jumaat yang ke-112 sejak 2019.

Protes Hirak bertujuan menuntut pembentukan kerajaan baharu yang tidak di pengaruhi kerajaan lama.

Ribuan rakyat memenuhi jalanan di Algiers meneruskan protes mendesak kerajaan sedia ada ditukarkan dengan kepimpinan yang lebih telus.

Bagi rakyat, pemilihan Abdelmajid Tabboune pada Disember 2019, yang berjaya menggulingkan presiden terdahulu, Abdelaziz Bouteflika tidak membawa sebarang perubahanan yang diinginkan rakyat.

Dalam pada itu, kerajaan Presiden Tabboune berusaha mengotakan janji untuk membawa perubahan kepada kepimpinan kerajaan.

Pembubaran Dewan Rakyat yang terdiri daripada 462 wakil rakyat masih belum cukup menyakinkan rakyat.

Satu pemilihan akan diadakan pada 12 Jun bagi melantikkan ahli dewan yang baru.

Tetapi, rakyat masih sangsi dan menganggap pilihan raya yang bakal diadakan tidak akan mengubah falsafah pentadbiran kerana presiden yang ada sekarang adalah daripada kelompok yang sama.