Monday, 10 May 2021

updated 2:30 PM UTC, May 10, 2021

Britain berkabung, jasa Philip terus dikenang

  • Published in Berita Dunia

LONDON, 10 April - Britain berkabung atas pemergian Putera Philip selepas berita mengenai kematiannya diumumkan oleh Istana Buckingham.

Selepas pengumuman itu dibuat, orang ramai mula memenuhi perkarangan luar istana tersebut.

Bendera Union Jack di kawasan istana juga dikibar separuh tiang.

Perdana Menteri Britain, Boris Johnson menyifatkan Putera Philip disayangi pelbagai generasi di Britain, negara Komanwel dan seluruh dunia.

Putera Philip juga sentiasa menyokong dan membantu kerabat diraja serta sistem monarki demi keseimbangan dan kebahagiaan kehidupan rakyat.