Monday, 10 May 2021

updated 2:30 PM UTC, May 10, 2021

UK bakal benarkan perjalanan ke luar negara

  • Published in Berita Dunia

LONDON, 10 April - Orang awam di United Kingdom (UK) kini boleh merancang untuk menempah percutian musim panas di luar negara meskipun risiko penularan COVID-19 masih ada.

Menteri Pengangkutan, Grant Shapps berkata, kerajaan memberi kebenaran dengan perincian lokasi yang dibolehkan mengikut kategori.

Sistem yang dicadangkan merangkumi negara yang tergolong dalam kategori merah, kuning atau hijau berdasarkan risiko COVID-19.

Sekatan seperti kuarantin hotel, kuarantin di rumah dan ujian saringan COVID-19 akan dikenakan secara berbeza bergantung kepada kategori negara tempat penumpang terlibat datang.

Sebagai contoh negara-negara hijau akan memerlukan pelancong mengambil ujian PCR sebaik sahaja mereka kembali ke UK dan mereka yang positif jangkitan dan bergejala ringan boleh melaksanakan kuarantin di rumah.

Dalam pada itu sistem pensijilan perjalanan digital juga akan menjadi sebahagian daripada rancangan tersebut.