Logo

Vaksin AstraZeneca: Masalah pembekuan darah tidak dikesan

BELGIUM, 8 April - Agensi Ubat-ubatan Eropah (EMA) tidak dapat membuat kesimpulan bahawa faktor khusus termasuk usia atau jantina boleh menyebabkan risiko pembekuan darah dalam kalangan pengguna vaksin AstraZeneca.

Perkara itu dinyatakan Ketua EMA, Emer Cooke.

Jelasnya, penjelasan paling masuk akal untuk kesan sampingan yang jarang berlaku itu adalah tindak balas imun terhadap vaksin.

Sebelum ini, EMA menyatakan mungkin wujud hubungan antara vaksin dengan keadaan jarang berlaku itu yang mempengaruhi beberapa orang penerima.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.