Friday, 14 May 2021

updated 2:56 PM UTC, May 14, 2021

Britain catat 30 kes darah beku selepas guna vaksin AstraZeneca

  • Published in Berita Dunia

LONDON, 3 April - Badan-badan pengawal selia kesihatan Britain telah mengenal pasti 30 kes darah beku yang jarang berlaku selepas menggunakan vaksin COVID-19 AstraZeneca.

Angka itu 25 kali lebih banyak daripada yang dilaporkan sebelum ini.

Pada 18 Mac lalu, pengawal selia ubat-ubatan Britain menyatakan terdapat lima kes darah beku dalam kalangan 11 juta dos yang sudah diberikan.

Terbaru , terdapat 22 lagi laporan trombosis sinus vena serebral, iaitu penyakit darah beku yang sangat jarang berlaku.

Selain itu lapan laporan lain tentang darah beku yang dikaitkan dengan platlet darah rendah daripada keseluruhan 18.1 juta dos yang diberikan.

Sebahagian negara telah menyekat penggunaan vaksin AstraZeneca.