Friday, 14 May 2021

updated 2:56 PM UTC, May 14, 2021

Thailand bawa pulang rakyatnya terkandas di Myanmar

  • Published in Berita Dunia

MYANMAR, 6 Mac - Thailand akan membawa pulang rakyatnya yang terkandas di Myanmar susulan pergolakan politik di negara itu.

Ia berikutan timbul kebimbangan selepas 38 individu terkorban ketika tunjuk perasaan baru-baru ini.

Menurut kedutaan Thai di Yangon dalam satu kenyataan di Facebook rasminya, pihak kerajaan Thai telah menyediakan dua pesawat yang akan mengambil rakyatnya pada 12 dan 16 Mac ini.

Tindakan itu bakal disusuli negara-negara lain termasuk Vietnam yang turut menyediakan penerbangan untuk membawa pulang rakyat masing-masing demi keselamatan mereka.

Manakala Singapura menasihatkan rakyatnya agar segera meninggalkan negara itu menggunakan penerbangan komersil sementara ia masih dibenarkan pihak berkuasa.