Logo

Situasi COVID-19 di Brazil membimbangkan

BRAZIL, 6 Mac - Situasi COVID-19 di Brazil membimbangkan dengan angka 1,699 kematian harian dan kes baharu melebihi 70,000.

Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus menzahirkan kebimbangan dan menganggap keadaan itu sangat serius.

Tegas beliau, WHO sangat prihatin dengan situasi itu dan mahu langkah-langkah kesihatan awam yang diambil negara itu lebih agresif selain memberi suntikan vaksin.

Beliau turut menyuarakan kebimbangan yang sama terhadap hampir semua negara Amerika Latin kerana trend tersebut boleh mempengaruhi negara yang lain.

Setakat ini, Brazil mencatat lebih 10.7 juta kumulatif kes positif dengan angka korban akibat pandemik itu melebihi 260,000.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.