Logo

Tragedi berdarah di Myanmar: AS kutuk keganasan digunakan pasukan keselamatan

WASHINGTON, 5 Mac - Susulan tragedi berdarah di Myanmar.

Amerika Syarikat (AS) mengutuk sekeras-kerasnya keganasan digunakan oleh pasukan keselamatan Myanmar ke atas penunjuk perasaan hingga menyebabkan kematian baru-baru ini.

Jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat, Ned Price akui sedih dengan perkembangan semasa di Myanmar terutama apabila dilaporkan 24 maut dibunuh pasukan keselamatan pada kelmarin.

Pada semalam, Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) mendedahkan sekurang-kurangnya 38 orang penunjuk perasaan maut ditembak pasukan keselamatan Myanmar.

Junta sebelum ini cuba menyembunyikan tindakan kekerasan dari seluruh dunia dengan menutup akses internet dan melarang Facebook iaitu dua medium media sosial paling popular.

Dalam pada itu, beberapa negara lain seperti Britain, Perancis dan Jerman turut mengkritik tindakan keganasan digunakan oleh Junta.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.