Monday, 8 March 2021

updated 5:21 AM UTC, Mar 8, 2021

Vaksin COVID-19: Negara penempah diminta bersabar menunggu bekalan

  • Published in Berita Dunia

PUNE, 23 Feb - Pengeluar vaksin terbesar dunia, Institut Serum di India, menggesa negara lain bersabar menunggu bekalan vaksin COVID-19.

Institut itu diarah mengutamakan permintaan dalam negara, terlebih dahulu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Adar Poonawalla berkata, pihaknya sedang berusaha sedaya upaya menyiapkan bekalan kepada semua yang menempah vaksin tersebut.

India berusaha memvaksin 300 juta penduduknya menjelang Julai, namun hanya 11 juta suntikan telah diberikan, setakat ini.

Institut berkenaan menghasilkan beratus-ratus juta dos vaksin AstraZeneca, bagi memenuhi keperluan rakyat India dan penduduk dunia.

Institut Serum turut merancang membekalkan 200 juta dos kepada inisiatif COVAX yang didukung Pertubuhan Kesihatan Sedunia, WHO untuk mengagihkan vaksin kepada negara miskin.