Saturday, 6 March 2021

updated 2:25 PM UTC, Mar 6, 2021

Keluarga mangsa pesawat Sriwijaya Air beri penghormatan terakhir

  • Published in Berita Dunia

JAKARTA, 23 Januari - Keluarga dan sahabat mangsa tragedi pesawat Sriwijaya Air di bawa ke lokasi pesawat berkenaan terhempas bagi membolehkan mereka memberi penghormatan terakhir.

Kesemua mereka di bawa oleh pihak tentera laut Indonesia.

Turut sama memberi penghormatan adalah Ketua Pegawai Eksekutif, Sriwijaya Air, Jefferson Irwin Jauwen.

Pihak Sriwijaya Air sebelum ini telah mengesahkan akan membayar pampasan kepada keluarga mangsa AS$89,000 seorang.

Pihak berkuasa semalam telah menyatakan operasi pencarian mangsa telah dihentikan namun pencarian berkemungkinan terarah kepada perakam suara kokpit.

Sebelum ini hanya perakam data penerbangan sahaja yang telah ditemukan.