Saturday, 6 March 2021

updated 2:25 PM UTC, Mar 6, 2021

22 pelombong emas tertimbus lebih seminggu masih hidup

  • Published in Berita Dunia

SHANDONG, 18 Januari - 22 pelombong emas di timur China tertimbus sejak lebih seminggu lalu dalam letusan di lokasi mereka bekerja.

Mereka hanya dapat diselamatkan setelah salah seorang daripada pekerja berjaya menghantar nota kepada pasukan penyelamat.

Runtuhan berlaku lapan hari lalu di wilayah Shandong.

Kejadian mengakibatkan kumpulan pelombong tertimbus 600 meter dari laluan masuk kawasan perlombongan.

Selepas beberapa lama tidak mengesan petunjuk, pasukan penyelamat kemudiannya terdengar bunyi ketukan.

Salah seorang daripada individu yang terperangkap berjaya menulis nota memaklumkan terdapat 12 lagi mangsa yang masih hidup.

Sementara berusaha menyelamatkan mereka, pasukan penyelamat menghantar bekalan makanan dan ubatan melalui lubang kecil runtuhan.

Kemalangan di kawasan perlombongan sering berlaku di China susulan piawaian keselamatan yang lemah.