Gunung berapi tertinggi di pulau jawa meletus
- Ditulis oleh Media Baharu
- Published in Berita Dunia
INDONESIA, 17 Jan - Gunung Semeru di Jawa Timur, Indonesia meletus dengan mengeluarkan asap setinggi 4.5 kilometer.
Gunung berapi dengan ketinggian 3,676 meter itu meletus pada pukul 5.24 petang semalam, waktu tempatan.
Menurut Badan Nasional Pengurusan Bencana, gunung berapi itu kini berada pada tahap kedua atau 'waspada'.
Pusat kajian Gempa Bumi Indonesia sedang melakukan penilaian lanjut mengenai letusan itu.
Penduduk di sekitar Desa Sumber Mujur, Desa Curah Koboan dan kawasan sekitarnya diarah berjaga-jaga dan menjauhi kawasan gunung.
Data menunjukkan, terdapat lebih 70 gunung berapi yang masih aktif di Indonesia manakala tujuh lagi sedang meletus.
Gunung berapi yang sedang aktif meletus sejak dua tahun lepas termasuk Gunung Anak Krakatau di Selat Sunda.