Saturday, 6 March 2021

updated 1:06 PM UTC, Mar 6, 2021

Pelawat di bawah ATP, RGL perlu miliki insurans mulai 31 Januari

  • Published in Berita Dunia

SINGAPURA, 17 Jan - Pelawat yang bercadang memasuki Singapura di bawah Pas Perjalanan Udara (ATP) dan Laluan Hijau Timbal Balik (RGL) perlu mempunyai insurans perjalanan untuk kos rawatan dan kemasukan ke hospital berkaitan COVID-19, dengan perlindungan minimum 30-ribu dollar Singapura.

Keperluan baharu itu berkuat kuasa mulai 11.59 malam pada 31 Januari.

Kementerian Kesihatan Singapura dalam semakan terbarunya mengenakan langkah sekatan sempadan yang lebih ketat bagi menangani risiko kes import COVID-19 dan penularan jangkitan tempatan daripada pelawat.

Insurans perjalanan itu akan membantu mereka membayar kos rawatan perubatan di Singapura.

Pelawat boleh membelinya daripada syarikat insurans Singapura atau luar negara.

Republik itu mempunyai perjanjian RGL dengan lima negara termasuk Malaysia dan enam kawasan di China.