Sunday, 17 January 2021

updated 11:42 AM UTC, Jan 17, 2021

Nahas Sriwijaya Air: Kotak hitam pesawat ditemui hari ketiga

  • Published in Berita Dunia

 

Perairan Indonesia, 13 Januari - Pasukan penyiasat Operasi Mencari dan Menyelamat,SAR pesawat Boeing 737-500, berjaya menemui kotak hitam pesawat itu.

Memetik laporan Kompas TV, kotak hitam pesawat Sriwijaya yang terhempas di Laut Jawa dilihat dinaikkan ke atas bot untuk di bawa ke jeti berhampiran serta koordinat perakam data pesawat itu sudah dikenal pasti sejak tiga hari lalu.

Penemuan kotak hitam itu diyakini dapat membantu mengenal pasti punca utama nahas tragik itu.

Setakat ini, belum ada mangsa terselamat meskipun pakar penerbangan menyatakan pesawat dalam keadaan sempurna atau tidak meletup sebelum mencecah permukaan air dan terjunam ke dasar laut.

Terdahulu, Penyiasat Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Nasional, Nurcahyo Utomo memberitahu, kru pesawat tidak melaporkan sebarang masalah atau isu teknikal sebelum komunikasi terputus.

Ia berdasarkan rakaman perbualan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara yang hanya merekodkan pertukaran perjalanan rutin dan komunikasi biasa.