Saturday, 6 March 2021

updated 1:06 PM UTC, Mar 6, 2021

Tiada rakyat Malaysia dalam pesawat Sriwijaya Air terhempas

  • Published in Berita Dunia

INDONESIA, 10 Jan - Tiada rakyat Malaysia yang berada dalam pesawat Sriwijaya Air.

Menurut kenyataan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, pihak kedutaan telah dimaklumkan tiada rakyat negara ini terbabit dalam nahas itu.

Pesawat komersial Sriwijaya Air terhempas di sekitar Pulau Laki dan Pulau Lancang, di kawasan perairan Kepulauan Seribu.

Pelbagai agensi mencari dan menyelamat terlibat seperti BASARNAS dan Tentera Indonesia yang sedang melakukan pencarian di perairan tersebut.