Bangkok dijangka terima vaksin keluaran Astrazeneca tahun hadapan
- Ditulis oleh Media Baharu
- Published in Berita Dunia
THAILAND, 28 Nov - Thailand menandatangani perjanjian dengan AstraZeneca bagi mendapatkan 26 juta dos vaksin COVID-19.
Pasukan Universiti Oxford dan AstraZeneca mendakwa vaksin tersebut mempunyai keberkesanan antara 70 hingga 90 peratus bagi melawan COVID-19.
Kerajaan Thailand meluluskan peruntukan sehingga 198 juta dolar Amerika (USD) bagi pembelian vaksin keluaran AstraZeneca untuk melindungi 13 juta penduduk.
Thailand menjangka menerima bekalan vaksin tersebut pada 2021.