Sunday, 17 January 2021

updated 12:18 PM UTC, Jan 17, 2021

Firma India hasilkan 100 juta dos vaksin setahun bermula Januari 2021

  • Published in Berita Dunia

INDIA, 28 Nov - Lebih 100 juta dos vaksin COVID-19 Sputnik V akan dihasilkan di India setiap tahun oleh Hetero, sebuah firma farmaseutikal terkemuka negara itu.

Perkara itu diumum Tabung Pelaburan Langsung Rusia, RIDF yang merupakan salah satu agensi yang membangunkan vaksin COVID-19.

Baru-baru ini, Rusia mengumumkan keputusan interim ujian klinikal Suptnik Five yang menunjukkan keberkesanan sehingga 95%.

Rusia juga mengumumkan, vaksin itu akan dijual pada harga 10 Dolar setiap dos di pasaran antarabangsa, lebih murah berbanding beberapa vaksin yang sedang dibangunkan syarikat bioteknologi termasuk Moderna di Amerika Syarikat.

Ujikaji Sputnik Five kini memasuki fasa ketiga yang juga fasa akhir melibatkan kira-kira 40,000 sukarelawan.

Ujian sama dijalankan di Belarus, Emiriah Arab Bersatu, UAE dan Venezuela.

Menurut RIDF, selain India, vaksin itu juga akan dikeluarkan di Brazil, China dan Korea Selatan.

Pengeluarannya dijangka bermula Januari depan.