Karya Pasir: Desikasi buat kanak-kanak berisiko mati akibat COVID-19
- Ditulis oleh Media Baharu
- Published in Berita Dunia
UNITED KINGDOM, 23 Nov - Di HEBDEN BRIDGE, UNITED KINGDOM, satu karya seni dihasilkan menggunakan pasir bagi memberi amaran bahawa beribu-ribu kanak-kanak berisiko mati secara tidak langsung akibat pandemik COVID-19.
Hasil seni seluas 11,000 persegi ini dihasilkan seniman Sand in Your Eye di atas sebuah bukit.
Wajah bertemakan "enam ribu kanak-kanak" yang diperbuat daripada pasir ini turut disokong Tabung Kanak-Kanak PBB (UNICEF).
Karya gergasi ini bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai situasi terhadap lebih 6,000 kanak-kanak yang berisiko mati angkara COVID-19.