Logo

Bakar bangunan Kongres, desak presiden berundur

GUATEMALA CITY, 23 Nov - Ratusan penduduk Guatemala membakar sebahagian bangunan Kongres mendesak pengunduran Presiden Alejandro Giammattei.

Tunjuk perasaan dilakukan susulan belanjawan yang telah menimbulkan kemarahan di negara Amerika Tengah yang miskin itu.

Beberapa orang dirawat kerana terhidu asap ketika kebakaran berlaku.

Penunjuk perasaan memenuhi dataran tengah di depan istana lama dengan membawa sepanduk dan bendera kebangsaan.

Polis melepaskan gas pemedih mata setelah penunjuk perasaan yang kebanyakannya memakai topeng dan penutup muka melemparkan batu ke arah polis.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.