Sunday, 17 January 2021

updated 11:42 AM UTC, Jan 17, 2021

Singapura dan Hong Kong tanguh pelaksanaan gelembung perjalanan

  • Published in Berita Dunia

SINGAPURA, 22 Nov - Singapura dan Hong Kong menangguhkan pelaksanaan gelembung perjalanan

Bermula semalam, Hong Kong melaksanakan sekatan baharu bagi mengawal penyebaran pandemik.

Tarikh baharu pelaksanaan gelembung perjalanan itu akan diumumkan Disember ini selepas kedua-dua memperhalusi perubahan syarat perjanjian disebabkan kenaikan kes positif COVID-19.

Singapura mewajibkan penumpang tiba dari Hong Kong mengambil ujian tambahan pengesanan COVID-19 selain perlu menjalani kuarantin kendiri sehingga mendapat keputusan ujian dalam masa 6 hingga 8 jam.

Sebelum ini, penumpang dari Hong Kong hanya perlu mengambil ujian saringan COVID-19 dan dibenar meneruskan perjalanan ke Singapura jika keputusan ujian adalah negatif.

Setiap hari, hanya 200 pelancong Hong Kong dibenarkan memasuki Singapura menerusi satu penerbangan dan jumlah itu akan ditambah jika penularan COVID-19 terkawal.

Namun, kenaikan kes positif harian di Hong Kong semakin menunjukkan peningkatan daripada 26 kes pada Jumaat kepada 43 kes semalam.