Saturday, 28 November 2020

updated 7:15 AM UTC, Nov 28, 2020

Thailand sokong cadangan Malaysia tubuhkan platform perkongsian maklumat digital tentang COVID-19

  • Published in Berita Dunia

KUALA LUMPUR, 20 November - Thailand menyokong cadangan Malaysia untuk menubuhkan platform perkongsian maklumat digital mengenai COVID-19.

Jelas Perdana Menterinya, Jeneral Prayuth Chan-O-Cha, data terkumpul dari semua ekonomi APEC akan membantu mempercepat proses pemulihan perniagaan.

Katanya, semua negara perlu menangani penularan pandemik berkenaan dan mengurangkan impaknya dalam jangka masa singkat, dalam usaha membangunkan semula ekonomi.

Justeru, Chan-O-Cha mahu inisiatif lain yang diperkenal ASEAN seperti mewujudkan Pusat Simpanan Bekalan Perubatan Serantau, Pusat Kesihatan Awam untuk Kecemasan dan Penyakit Baharu, Pelan Tindakan Pemulihan Komprehensif dan Fasiliti Pemulihan PKS terus dilaksanakan.

Beliau turut menyokong 'Deklarasi Mudahkan Pergerakan Barang-Barang Penting' khususnya stok perubatan dan peralatan kesihatan yang dicadangkan Malaysia, New Zealand dan Singapura.

Prayuth Chan-O-Cha menyampaikan ucaptama bersempena Dialog Ketua Pegawai Eksekutif APEC secara maya.