Sunday, 17 January 2021

updated 1:37 PM UTC, Jan 17, 2021

Havana kembali dibuka kepada pelancong

  • Published in Berita Dunia

HAVANA, 16 November - Di sebalik penularan wabak COVID-19 masih lagi belum reda, kerajaan Cuba membenarkan sektor pelancongan kembali beroperasi.

Selepas lebih tujuh bulan ditutup akhirnya Havana membuka pintunya kepada pelancong.

Lapangan Terbang Havana kini menerima kehadiran pesawat-pesawat luar yang membawa masuk pelancong.

Keputusan diambil kerajaan Cuba kerana bermula bulan November hingga Mac adalah tempoh di mana pulau pelancongan ini menerima paling ramai pelancong.

Bagaimanapun Prosedur Operasi Standard (SOP) ketat diterapkan bagi mengawal dan mengesan sebarang penularan.

Pelancongan merupakan produk utama yang menyumbang kepada ekonomi Cuba.

Namun, apa yang membimbangkan penularan wabak telah dikesan pada minggu lalu apabila 900 pelancong dari Rusia disahkan positif COVID-19.